Nov 25, 2014

Dear Abah

Bismillahhirahmannirrahim

"The first true love any girl has, is her father. No one will ever replace his as the love of her life"

A B A H

Perkataan yang terlampau besar dalam hidup semua anak anak dalam dunia ni.

Losing abah and mama adalah perkara paling aku takut selama ni. Takut sebab abah and mama la yang selalu ada sejak aku kecik. Aku boleh menangis bila kepala start terfikir mcm mana kalau orang yang aku paling sayang tinggalkan aku.

Abah,

Orang yang paling rajin dandankan rambut aku sejak kecik. Macam macam fesyen dandan dia buat. Hari ni dandan tengah2. Esok dandan tepi.

Abah,

Orang yang paling manjakan anak anak. Since most of us ialah anak perempuan.

Abah,

Orang yang paling tak give up ajar aku drive kereta. Paling tak give up ajar aku yang keras kepala ni.

Abah,

Orang yang luarnya nmpak garang, tapi lelaki paling sensitf aku kenal. Anything pasal anak anak dia, dia senang menangis.

Abah,

Lelaki yang paling sabar dalam dunia ni. Dah la mama suka membebel, dapat pulak extra 4 orang anak perempuan yang suka membebel. But kitorang membebel pasal smoking habbit abah je. Kitorang nak abah sihat selalu.

Dear Abah,

Wa ingat lagi bila wa selalu menangis masa kecik time abah pegi kursus kat luar. Tak balik rumah berhari2. Wa ingat lagi bila wa excited and menangis lari kat abah, peluk abah bila abah balik dari kursus.

Dear Abah,

Wa ingat lagi bila wa bawak motor abah masa darjah 5, tiba tiba wa terlajak masukkan motor dalam longkang. Abah pandang wa sambil cekak pinggang. Never did u scold me. Abah jugak yang bawak keluar motor tu.

Dear Abah,

Ingat tak bila wa bawak kereta abah, and kereta abah calar teruk sebab begesel dengan tiang simen. Wa balik menangis sebab takut abah marah calarkan kereta kesayangan abah. Abah senyum je and cakap "Abah tak marah wa, abah cuma nak tau kenapa kereta ni boleh jadi mcm ni" sambil peluk wa. Sorry abah.

Dear Abah,

Raya lepas, masa kita satu family lepak lepak kat penang, abah cakap "bila la lagi kita nak berkumpul ramai ramai mcm ni. Tahun depan dah bertambah lagi satu ahli keluarga". Dua kali abah cakap benda yang sama sepanjang kat penang tu.

Dear Abah,

29hb August 2014, wa balik kampung sebab nak uruskan borang wali. Sebelum balik ayat belikan abah nasi ganja ipoh. Berselera abah makan masa tu. Wa tak tau itu la makanan terakhir yang abah makan dengan seleranya.

Dear Abah,

29hb August 2014, petang tu wa ayat and mama main bowling. Wa ajak abah, sebab wa tau abah tak kan say No to bowling. But surprisingly abah just reply "balik dah megrib".

Dear Abah,

30 August 2014, pukul 1 pagi abah mengadu sakit belakang. Wa and mama bawak abah pegi klinik. Nurse cucuk ubat tahan sakit. Abah cakap abah dah okay skit. Abah boleh tido malam tu. Alhamdulillah.

Dear Abah,

Sampai sekarang still tengiang ngiang setiap patah perkataan yang doctor sebut untuk bagitau wa yang abah dah pergi. Pergi untuk selamanya. Masa tu wa betul betul mengharapkan yang doctor tu tersalah orang. Or maybe some miracle abah sedar balik.

But No. Wa kena jadi orang yang paling kuat untuk bagitau mama, tenangkan mama n erol. Wa kena kuat untuk Bagitau semua ahli keluarga lain yang abah tak lagi dengan kami. Abah dah jumpa sang pencipta.

Dear Abah,

90 hari sebelum majlis kahwin wa, abah tinggalkan kami. Bukan abah orang paling excited ke nak jadi wali wa? Bukan Abah excited ke each time bercerita pasal planning kawin? Abah dah plan macam macam kan?

Dear Abah,

Allah tahu betapa wa rindu suara abah, whatsapp lawak abah, sms tanya khabar abah, status facebook abah. Wa rindu setiap apa yang abah buat selama ni.

Dear Abah,

Semoga abah tenang disana. Tenang disamping Sang Pencipta. Tenang diapit bidadari syurga. Bahagia disamping arwah opah,tok, nenek dan atuk. Semoga doa wa kirimkan kat sini dapat teman abah kat sana.

Wa rindu abah. Rindu abah disaat wa perlukan abah untuk jadi wali wa 3 hari lagi. Rindu setiap masa kita sekeluarga bersama.

...


Dear Wa,

Redha...

"...Allah does not burden a soul beyond what He has given him. Allah will bring ease after hardship..."

(Al-Talaq, verse 7)


Al-Fatihah... Abah

Jauneh Bin Otoh (25 Mei 1957 - 31 Ogos 2014)


No comments: